242 atlet bakal berentap dalam Piala Presiden Sepak Takraw di Tawau

WhatsApp Image 2026 07 12 at 3.10.13 PM e1783850743132

KOTA KINABALU: 12 Julai 2026 – Seramai 242 atlet dari 22 ahli gabungan Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA) dijangka beraksi pada Kejohanan Sepaktakraw Piala Presiden Kali Ke-42 yang akan berlangsung di Tawau, dari 25 hingga 27 September depan.

Setiausaha Kehormat ASTAKA, Suhaimi Abdullah, berkata kejohanan itu akan mempertandingkan empat kategori iaitu Regu Lelaki, Regu Wanita, Quadrant Lelaki dan Quadrant Wanita, selain menjadi platform penting untuk mencungkil bakat baharu sepak takraw di seluruh Sabah.

Menurutnya, kejohanan tahunan itu bukan sahaja medan persaingan, malah berperanan memperkukuh hubungan silaturahim dan menyemarak semangat kesukanan dalam kalangan komuniti sepak takraw negeri.

Sementara itu, Presiden ASTAKA merangkap Naib Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Hj. Roslie Hj. Ibrahim berharap semua ahli gabungan, jawatankuasa penganjur, agensi kerajaan dan rakan strategik dapat memberikan kerjasama untuk memastikan kejohanan berkenaan berlangsung dengan lancar.

WhatsApp Image 2026 07 12 at 3.10.13 PM 1

“Kejohanan ini menjadi pentas terbaik untuk mengenal pasti pemain berpotensi sebagai pelapis pasukan Sabah, di samping memperkukuh perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sepak takraw,” katanya.

Dalam perkembangan sama, ASTAKA memaklumkan persatuan itu telah menerima kelulusan pembinaan Dewan Akademi Sepaktakraw ASTAKA Sabah yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan itu.

“Pembinaan dewan akademi ini akan memperkukuh usaha melahirkan lebih ramai atlet, jurulatih dan pegawai teknikal yang berdaya saing, sekali gus memastikan kesinambungan kecemerlangan pasukan Sabah yang muncul sebagai antara penyumbang utama pingat emas kontinjen Sabah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) sejak lebih sedekad lalu,” jelas Rosli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal