KOTA KINABALU: 1 Jun 2026 – TV Sabah menaja jersi baharu untuk Kelab Ragbi Storm Breakers sebagai tanda sokongan kepada perkembangan sukan ragbi di Sabah, sekali gus memberi motivasi dan menaikkan semangat pemain beraksi dengan penuh yakin dalam kejohanan akan datang.
Kelab yang baru ditubuhkan pada April lalu ini mempunyai dua pasukan, iaitu kategori lelaki dan perempuan yang terdiri dari pelajar sekolah menengah.
Walaupun masih baharu, Storm Breakers giat berlatih dan menyertai pelbagai kejohanan untuk mencungkil bakat muda dalam sukan ragbi.
Menurut jurulatih pasukan, penajaan jersi ini bukan sekadar melengkapkan keperluan pakaian, malah menjadi satu pengiktirafan yang membakar semangat pemain.

Beliau menegaskan, matlamat utama kelab bukan hanya untuk menang, tetapi juga membentuk disiplin, semangat berpasukan, dan keyakinan diri dalam kalangan remaja.
Dalam kalangan pemain, mereka sudah mula meminati ragbi sejak di bangku sekolah rendah dan kini berazam untuk membawa pasukan mencapai kejayaan dalam kejohanan akan datang.
Sementara itu, ibu bapa menyambut baik usaha kelab ini sukan ragbi dapat mendisiplinkan anak-anak, meningkatkan kecergasan fizikal, dan membina sahsiah yang lebih baik.

Dengan sokongan berterusan TV Sabah dan pihak lain, Storm Breakers yakin dapat melahirkan lebih ramai atlet muda yang berkualiti dan memajukan sukan ragbi di Sabah.

