Mekanisme MyKad ganti had diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula hari ini

Gambar Mekanisme Minyak

PUTRAJAYA: 1 Julai 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan sepenuhnya Arahan Melaksanakan Kawalan Penjualan Diesel Ke Atas Kenderaan Pengangkutan Darat yang sebelum ini berkuat kuasa di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bermula hari ini.

Keputusan itu menamatkan had kuantiti jualan diesel sebanyak 50, 100 dan 150 liter yang diperkenalkan menerusi arahan bertarikh 27 Mac 2026.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman bin Adam berkata, pembatalan tersebut dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri pada 21 Jun lalu berhubung penyelarasan harga diesel bersubsidi di bawah Program BUDI Diesel kepada RM2.10 seliter, dan pelaksanaan mekanisme baharu pembelian diesel bersubsidi menggunakan MyKad di stesen minyak yang turut bermula pada 1 Julai 2026.

Semua pemegang lesen barang kawalan berjadual runcit yang menjual petrol atau diesel di ketiga-tiga wilayah itu diminta mengambil maklum bahawa arahan kawalan penjualan diesel kepada kenderaan pengangkutan darat tidak lagi berkuat kuasa mulai tarikh berkenaan.

Azman menyatakan KPDN yakin mekanisme baharu itu mampu memastikan pengagihan diesel bersubsidi dilaksanakan dengan lebih bersasar, cekap dan berkesan, di samping memudahkan urusan pengguna yang layak mendapatkan subsidi.

Beliau menyeru semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya arahan dan mekanisme baharu yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar demi kepentingan rakyat dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal