Labuan Airport ditutup sementara Susulan penemuan Bom lama

photo 2026 06 26 21 46 04

LABUAN: 26 Jun 2026 – Operasi penerbangan di Labuan Airport terjejas selepas landasan ditutup sementara berikutan penemuan beberapa bom lama di kawasan berhampiran petang tadi.

Penemuan bahan letupan tidak meletup itu dilaporkan berlaku di luar kawasan pagar Tentera Udara Diraja Malaysia, pada jarak kira-kira 150 meter dari landasan lapangan terbang berkenaan.

Susulan insiden tersebut, satu Notis Penerbangan (NOTAM) telah dikeluarkan. Kerja-kerja pemeriksaan keselamatan dan penilaian risiko sedang dijalankan oleh pihak berkaitan untuk memastikan keselamatan operasi penerbangan.

Penutupan sementara landasan itu turut menyebabkan gangguan kepada jadual penerbangan, termasuk kelewatan, lencongan (diversion), perubahan operasi penerbangan masuk dan keluar dari Labuan.

Pihak Malaysia Airports Holdings Berhad memaklumkan penumpang yang terlibat dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini dari syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang.

Operasi akan disambung semula selepas semua kerja pemeriksaan selesai dan landasan disahkan selamat untuk digunakan semula. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

sumbet: Malaysia Airports

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal