KOTA KINABALU: 21 Jun 2026 – Seramai 96 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah bersama beberapa agensi penguat kuasa di Kota Kinabalu dan Tawau baru-baru ini.
JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, semua yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen sah dan melanggar syarat pas.
Di Kota Kinabalu, seramai 52 warga Filipina ditahan hasil pemeriksaan terhadap 214 individu menerusi Ops Bersepadu bersama Majlis Perbandaran Penampang (MPP), Ops Kutip dan Ops Sapu.
Manakala di Tawau, seramai 44 warga asing melibatkan warga Filipina dan Indonesia ditahan selepas 120 individu diperiksa dalam operasi bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Tawau menerusi Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Mahir.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia
