190 belia seluruh Sabah sertai ekspedisi Wilderness Leadership

d5b73b26 34e0 4864 b21d a83275b7a1d8

KIULU: 27 Mei 2026 — Seramai 190 peserta dari pelbagai daerah di Sabah berjaya menamatkan Ekspedisi Wilderness Leadership selama tiga hari dua malam, anjuran Jabatan Pelayanan Belia Seventh-Day Adventist (SAB) Mission.

Setiap peserta berjalan kaki sejauh 36 kilometer merentasi ladang, perkampungan, bukit curam dan belantara semula jadi sebagai syarat memperoleh modul Silver Award, pengiktirafan kepimpinan khas untuk belia.

Pengarah Jabatan Pelayanan Belia SAB Mission, Willborn Gondolos, berkata peserta membawa sendiri peralatan seperti khemah, pakaian dan bekalan makanan di bahu sepanjang perjalanan.

“Peserta melalui kawasan ladang, perkampungan dan bukit bukau curam serta licin. Hujan lebat pada petang, namun semuanya sampai dengan selamat,” katanya.

a90c64f8 2634 4340 a9a6 ff11715fa53d
Willborn (depan) turut bersama-sama peserta lain dalam ekspedisi ini.

Daripada 230 penyertaan, hanya 190 peserta mampu meneruskan perjalanan pada hari kedua hingga ke garis penamat.

Hari kedua merupakan fasa paling mencabar dengan perjalanan sejauh 16 kilometer dari D’Point Campsite Mangkaladom ke Waig-waig Campsite melalui Pinahawon dan Bukit Kulintangan.

“Pendakian curam, laluan ekstrem merentasi belantara, ladang dan beberapa anak sungai,” ujarnya.

Peserta bergerak mengikut kumpulan bersama pemandu (guide), manakala pasukan perubatan profesional turut disediakan. “Ada kumpulan yang sampai seawal jam 2.00 petang dan kumpulan terakhir jam 9.30 malam,” tambahnya.

116d15c0 fb49 42f5 b3c7 ee1626eff4b2
Antara peserta yang berjaya menamatkan larian

Pada hari terakhir, peserta menamatkan perjalanan enam kilometer dari Waig-waig ke garis penamat di Kandaki Homestay.

Willborn berkata program ini selain menerapkan kepimpinan dan semangat berpasukan, juga mengukuhkan persahabatan dan melahirkan kecekalan, daya tahan dan disiplin tinggi.

“Syabas dan tahniah kepada semua peserta. Terima kasih kepada pemandu, pasukan perubatan dan jawatankuasa yang memastikan kelancaran ekspedisi ini,” katanya.

Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Majlis penutupan oleh ADUN Kiulu, Datuk Joniton Bangkuai. Hadir sama Presiden SAB Mission, Jim Gabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal