TAWAU: 12 Mei 2026 – Statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menunjukkan bahawa warga Filipina merekodkan peratusan tertinggi kes pelanggaran imigresen di Sabah, iaitu 63 peratus, diikuti warga Indonesia (31 peratus), Pakistan (3 peratus), China (2 peratus), dan lain-lain warganegara (1 peratus).
JIM Sabah menyeru orang ramai supaya tidak melindungi atau menggaji PATI, dan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan warga asing tanpa izin melalui saluran rasmi jabatan tersebut.
Sementara itu, seramai 156 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan pulang ke negara asal melalui pintu masuk laut Pelabuhan Tawau, semalam.
Program pemindahan siri keempat itu melibatkan 121 lelaki dewasa, 24 perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan yang berusia antara tiga hingga 62 tahun.
Kesemua Orang Yang Dipindahkan (OYD) dihantar pulang ke Nunukan, Indonesia dengan iringan pihak Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.
Sehingga kini, seramai 2,662 tahanan PATI berjaya dipindahkan dari Sabah ke negara asal masing-masing.
