Dua majikan didenda RM5,000 lindungi PATI di Lahad Datu

IMG 2438

LAHAD DATU: 3 April 2026 – Dua majikan warga tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen Lahad Datu hari ini atas kesalahan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) di premis di bawah kawalan mereka.

Tertuduh masing-masing berusia 49 dan 44 tahun berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seorang daripada tertuduh, wanita berusia 49 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan membenarkan pendatang tanpa izin berada di premis miliknya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara empat bulan. Bagaimanapun, tertuduh membayar denda yang dikenakan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Imigresen dari Pejabat Imigresen Lahad Datu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dalam kenyataan menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melindungi PATI, selaras usaha membanteras aktiviti berkenaan di negeri ini.

Menurutnya, penguatkuasaan akan diperkasa dari semasa ke semasa termasuk mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Sumber : jabatan imegresen Negeri Sabah

https://www.facebook.com/share/p/1EQsfuZhDR/?mibextid=wwXIfr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal