Pelakon Sabah, Lee Tian Jiang Bawa Watak Dok Jua dalam Gayong 2

IMG 1772

KUALA LUMPUR: Pelakon berasal dari Sabah, Lee Tian Jiang atau lebih dikenali sebagai TJ, mencipta pencapaian membanggakan apabila terpilih membawakan watak Dok Jua dalam filem aksi biografi Gayong 2, yang turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Syafie Naswip.

Gayong 2 merupakan filem aksi drama biografi terbitan 2026 yang mengisahkan kesinambungan perjuangan pengasas Silat Gayong dari Perak, Meor Abdul Rahman.

IMG 1773

Penglibatan TJ dalam filem ini dilihat sebagai satu lonjakan besar dalam kerjayanya yang telah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak enam tahun lalu, selain aktif dalam bidang seni mempertahankan diri.

IMG 1775

Menurut TJ, peluang tersebut hadir di luar jangkaannya memandangkan cabaran yang sering dihadapi oleh pelakon dari Sabah untuk menembusi industri arus perdana.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pengarah filem, penerbit dan seluruh pasukan produksi atas peluang ini. Ia cukup bermakna bagi saya,” katanya.

Pemenang The Bachelor Malaysia edisi ke-7 itu turut menyatakan hasrat untuk terus mengembangkan bakatnya ke peringkat lebih luas dan berharap lebih ramai bakat dari Sabah dapat diketengahkan.

IMG 1774

Dalam pada itu, TJ menyeru orang ramai menyokong filem tersebut yang disifatkannya sarat dengan nilai sejarah dan inspirasi daripada kisah benar.

“Filem Gayong 2 ini memaparkan cerita inspirasi dari kisah benar dan saya berharap kita akan terus mengenang kehebatan sejarah kita menerusi filem ini. Jangan lupa untuk menyaksikan Gayong 2 di pawagam nanti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal