1,088 paket minyak masak bersubsidi dirampas

photo 2026 03 31 09 51 27

LAHAD DATU: 29 Mac 2026 — Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas sebanyak 1,088 paket minyak masak bersubsidi dianggarkan bernilai RM42,790 dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun yang memandu lori jenis Isuzu dalam satu serbuan di Kampung Atiam kira-kira jam 3.10 petang kelmarin.

Menurut Pasukan Polis Marin (PPM), serbuan tersebut dilakukan hasil maklumat awam yang membawa kepada pemeriksaan ke atas lori yang ditutupi kain kanvas sebelum menemui bungkusan berisi kotak minyak masak bersubsidi jenama “Cap Mawar”.

photo 2026 03 31 09 51 32

Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 64 kotak minyak masak dirampas, dengan setiap kotak mengandungi 17 paket, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,088 paket.

Menurut PPM, Lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membawa dan menyimpan bekalan tersebut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal