TUARAN: 16 MAC 2026 – Sekitar 700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran besar yang melibatkan sebuah stor penyimpanan kereta Stephen Motors Sdn. Bhd., Jalan Dungun Marabahai Tamalang 2, sekitar jam 1.10 tengah hari, berpunca dari kebakaran hutan berhampiran sebelum merebak ke kawasan stor, kelmarin.
Jurucakap BOMBA berkata seramai 25 anggota dari BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu terlibat dalam pemadaman.
Katanya, kebakaran melibatkan kawasan seluas 2 ekar dan bomba berjaya mengawalnya pada jam 3:31 petang. Justeru berjaya menyelamatkan kira-kira 30 kenderaan berhampiran.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 petang selepas pasukan bomba mengesahkan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.
