SEMPORNA: Seramai 20 lelaki warga Filipina ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Semporna pada 10 Mac lalu.
Seramai 48 individu telah diperiksa membabitkan 11 warga Malaysia, 33 warga Filipina, seorang warga Indonesia dan tiga warga China.
Kesemua warga asing yang ditahan kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen bagi tujuan siasatan lanjut.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram dan individu atau majikan yang melindungi atau menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama JIM, beberapa agensi penguatkuasaan termasuk Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan agensi berkaitan yang lain.
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah
