Inisiatif NGO santuni golongan asnaf, perkukuh perpaduan masyarakat

IMG 20260311 WA0184

PENAMPANG: 11 Mac 2026 – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Masyarakat Interaktif Suara Sabah (MISUR) dan Persatuan Kebajikan Cahaya Sabah, wajar dipuji atas inisiatif menganjurkan Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan 2026 yang menyantuni golongan memerlukan di Kapayan.

IMG 20260311 WA0178

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, telah memanfaatkan 66 penerima terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya, anak yatim, dan warga emas.

Nizam berkata, program kebajikan itu bukan sahaja meringankan beban golongan asnaf, malah signifikan dalam mengeratkan silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di Kapayan, sebuah kawasan yang didiami oleh masyarakat majmuk.

IMG 20260311 WA0180

“Ini menunjukkan masyarakat di Sabah sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati walaupun terdiri dari berbilang agama dan suku kaum,” katanya.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan bagi memupuk persefahaman dan semangat kebersamaan yang lebih kukuh.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah turut menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan belia, memandangkan pembangunan belia merupakan agenda penting dalam melahirkan generasi yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal