22 Kampung terjejas Banjir di Tenom

photo 2026 02 25 14 33 33

TENOM: 25 Februari 2026– Daerah Tenom diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir hari ini selepas paras air Sungai Padas dan Sungai Pegalan melepasi tahap bahaya, sekali gus menjejaskan 22 kampung susulan cuaca tidak menentu sejak 23 Februari lalu.

photo 2026 02 25 14 37 49

Pengisytiharan bencana itu dibuat oleh Pegawai Daerah Tenom merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Alexander Liew, pada jam 9 pagi tadi.

photo 2026 02 25 14 33 40

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tenom melaporkan sebanyak 22 kampung dinaiki air dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan setakat jam 12 tengah hari.

Beberapa laluan utama di Tenom turut terjejas dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan, termasuk Jalan Sapong–Kemabong, Jalan Labut Enubai, Jalan Tenom–Ponontomon dan Jalan Sapong–Tenom.

photo 2026 02 25 14 33 36

Selain itu, lima sekolah turut terjejas akibat banjir iaitu SK Sapong, SK Gumisi, SK Kemabong, SK Kuala Tomani dan SK Enubai. Dua fasiliti kesihatan juga terjejas iaitu Klinik Kuala Tomani dan Klinik Desa Sapong.

Beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

Sumber: Berita RTM Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal