Beberapa Kawasan Dilanda Banjir, Pokok Tumbang di Sandakan

photo 2026 02 20 10 59 06

SANDAKAN: 20 Februari 2026 – Hujan lebat berterusan yang melanda daerah Sandakan sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air selain kejadian pokok tumbang dan gangguan di beberapa laluan utama.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan memaklumkan pihaknya telah menjalankan pemantauan dan tindakan segera di lokasi terjejas untuk memastikan keselamatan orang awam sentiasa terjamin.

Antara kejadian pokok tumbang yang dilaporkan ialah di Sekolah Kebangsaan St. Monica dan sekitar Bandar Sandakan, dan keadaan di tempat tersebut telah berjaya ditangani.

photo 2026 02 20 10 58 55
Sumber: APM Sandakan

Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan di Taman Mutiara dan GIATMARA Batu Sapi dengan anggota APM berada di lapangan.

Mengenai keadaan banjir, Kampung Pangeran dan Taman Fajar dikenal pasti sebagai kawasan terjejas dan kini berada dalam pemantauan rapi bagi tindakan lanjut sekiranya keadaan bertambah buruk.

photo 2026 02 20 10 58 59
Sumber: APM Sandakan

Menurut APM Sandakan, beberapa jalan utama turut dilaporkan dinaiki air, termasuk Jalan Batu 7, Taman Nuri, Taman Fajar Lama, Jalan Mahkamah, Jalan Batu 8, Jalan Batu 9, kawasan Petronas Batu 6 dan Jalan Perhutanan, sekali gus menjejaskan kelancaran trafik.

Sumber: APM Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal