Mohd Lopez terharu keprihatinan FINAS dan SAFVA

IMG 0893 scaled

KOTA KINABALU : 7 November 2025- Seorang pelakon dan kru teknikal, Mohd Lopez bin Mohd Asri, 34, meluahkan rasa terharu selepas menerima kunjungan delegasi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang diketuai Pengerusinya, Hans Isaac, ketika beliau sedang menjalani rawatan penyakit tibi.

Lopez sebelum ini dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth selama sebulan setelah disahkan paru-parunya dijangkiti kuman, dan kini menjalani rawatan susulan selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

WhatsApp Image 2026 02 13 at 17.12.08

Beliau mengaku bukan perokok dan menurut doktor keadaannya berpunca dari pendedahan kepada perokok lain dalam persekitaran kerja dan sosial, bermakna sebagai perokok pasif.

Keadaan tersebut menyebabkan beliau terpaksa menghentikan sementara komitmen dalam bidang lakonan dan kerja-kerja teknikal produksi yang menjadi sumber pendapatannya.

Lopez tidak menyangka keadaannya mendapat perhatian FINAS selepas kru-kru di bawah SAFVA memaklumkan keadaannya kepada pihak persatuan.

WhatsApp Image 2026 02 13 at 17.06.57 1

“Saya sangat tersentuh apabila Dato’ Hans sendiri datang dan memberi kata-kata semangat – Kita jaga kita. We are the family of the Malaysian creative industry. Jadi kita kena bantu orang dalam industri kita juga – itu memang memberi kekuatan kepada saya,” katanya.

Presiden merangkap Pengarah SAFVA, Chester Pang, berkata, pihak persatuan telah mengambil inisiatif awal dengan mengemukakan permohonan bantuan dan menyelaras maklumat kepada FINAS untuk memastikan kebajikan ahli terbabit diberi perhatian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih peka terhadap risiko perokok pasif.

“Kita tidak tahu kesan perokok pasif ini boleh jadi lebih teruk daripada perokok sendiri. Jika merokok atau menggunakan rokok elektronik, pastikan tidak memberi kesan kepada orang lain,” katanya.

Beliau berharap Lopez dapat kembali aktif dalam industri kreatif selepas tamat rawatan dan keadaan kesihatan kembali pulih sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal