14 PATI Ditahan di Sekitar Kota Kinabalu

photo 2026 01 08 21 32 03

KOTA KINABALU: 7 Januari 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi pelaksanaan siri operasi penguatkuasaan, iaitu Ops Kutip, Ops Selera dan Ops Sapu di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

photo 2026 01 08 21 31 56

Menurut kenyataan JIM, sebanyak 108 individu diperiksa sepanjang pelaksanaan operasi berkenaan, melibatkan warga tempatan dan warga asing. Daripada jumlah tersebut, 14 PATI ditahan, terdiri daripada 13 warga Filipina (lapan lelaki dewasa, lima perempuan dewasa) dan seorang lelaki warga Indonesia.

Kesemua individu berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa pas atau dokumen perjalanan yang sah.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal