Adam Shamil Tersenarai 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2025

photo 2025 12 20 22 25 02

KUALA LUMPUR: 20 Disember 2025 – Usahawan muda dari Sabah, Adam Shamil, melakar pencapaian membanggakan apabila diumumkan sebagai wakil tunggal dari Sabah dan antara yang termuda dari negeri itu yang berjaya tersenarai dalam 100 Usahawan Paling Berpengaruh Negara 2025.

photo 2025 12 20 22 25 11

Pengiktirafan berprestij tersebut diraih selepas proses pemilihan kompetitif yang melibatkan hampir 2,000 permohonan dari seluruh negara, sekali gus meletakkan Adam dalam kelompok elit usahawan muda berimpak tinggi di Malaysia.

Adam berkata, penyertaannya bermula dengan sekadar mencuba menghantar permohonan awal tahun ini, tanpa meletakkan harapan tinggi memandangkan jumlah penyertaan yang besar.

photo 2025 12 20 22 25 06

MIYE (Most Influential Young Entrepreneurs) merupakan pengiktirafan nasional kepada usahawan muda bawah 40 tahun berdasarkan prestasi perniagaan, kepimpinan dan impak sosial, manakala bagi Adam, pengiktirafan itu menjadi pemangkin untuk terus bekerja keras serta memberi inspirasi kepada generasi muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal