MIPCE-3 Himpun Suara Pendidikan Orang Asal, Tekankan Pemerkasaan Bahasa dan Identiti

photo 2025 12 12 19 39 10

KOTA KINABALU: 14 Disember 2025 – Persidangan Malaysian Indigenous Peoples’ Conference on Education (MIPCE-3) bermula pada Jumaat dengan menghimpunkan 250 peserta mewakili pelbagai etnik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

photo 2025 12 12 19 39 32

Antara mereka adalah wakil daripada Community Learning Centre (CLC) atau Pusat Pembelajaran Komuniti daripada tiga wilayah tersebut.

photo 2025 12 12 19 39 23
contoh LCLC ETHNOARTS yang digunakan sebagai pusat pembelajaran komuniti

Penganjur menyifatkannya sebagai antara perhimpunan pendidikan Orang Asal terbesar di negara ini.

photo 2025 12 12 19 39 28
contoh booth yang ada sepanjang program berlangsung

Program tiga hari di J Borneo Native Village, Lok Kawi ini menumpukan perbincangan mengenai pengukuhan pendidikan, bahasa ibunda dan identiti masyarakat Orang Asal melalui siri wacana, bengkel, pembentangan dasar serta pameran interaktif.

photo 2025 12 12 19 39 19
Penyampaian penghargaan kepada Education Specialist and Lead UNICEF Malaysia

Persidangan turut menjadi platform merangka hala tuju masa depan, termasuk pembentangan Nota Konsep Indigenous Early Childhood Education (IECE) yang dijangka menyumbang kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026–2030. Inisiatif itu dilihat sebagai langkah untuk memastikan warisan bahasa dan budaya Orang Asal terus diberi tempat dalam sistem pendidikan negara.

photo 2025 12 12 19 39 15
Persembahan daripada Tadika Sinaran Ria (Suausindak) Children

Penganjuran MIPCE-3 menegaskan komitmen berterusan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti setempat dalam memperkasa pendidikan Orang Asal, dengan bahasa, budaya dan identiti sebagai asas utama pembangunan generasi muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal