TAWAU: 9 Disember 2025 – Seramai 97 individu diperiksa dan 64 daripada mereka, warganegara Filipina dan Indonesia, ditahan kerana siasatan awal mendapati kesemua tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau pas yang dibenarkan.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meneruskan tindakan tegas terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui beberapa operasi bersepadu berdasarkan risikan yang dijalankan selama seminggu serta maklumat awam di sekitar Tawau.

Operasi penguatkuasaan pada 9 Disember 2025 membabitkan 26 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Tawau, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.
Semua individu yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah
