91 pemimpin kampung Melalap sedia berbakti tanpa kira fahaman politik

816d7757 6b21 461a ac1e fa2e98b0967f.jpg

oleh David E.

TENOM: 13 Oktober 2026 – Seramai 91 ketua adat di bawah Mahkamah Anak Negeri (MAN) DUN Melalap menerima watikah pelantikan hari ini, dengan 41 muka baharu menyertai 50 penjawat sedia ada untuk memperkukuh perkhidmatan di peringkat kampung.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar, yang juga ADUN Melalap, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan keupayaan berkhidmat untuk masyarakat dan cadangan calon yang lebih sesuai di peringkat kampung.

“Pada kali ini, saya tidak melihat fahaman politik atau perkara-perkara lain. Saya mengekalkan 50 orang penjawat sedia ada kerana mereka boleh bekerja bersama-sama dengan masyarakat.

“Dalam 41 pelantikan baharu, bukan bermakna mereka yang tidak dilantik tidak boleh bekerja, tetapi mungkin ada calon yang lebih baik yang dicadangkan di peringkat kampung,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-ketua Adat MAN DUN Melalap di Hotel Perkasa Tenom, hari ini.

Untuk penerima, Jamawi menegaskan watikah itu bukan sekadar kertas.

“Ini bukan satu kebanggaan, tetapi pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang harus dipikul dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat di peringkat kampung,” katanya.

Beliau berkata pelantikan JKKK di DUN Melalap selesai dua bulan lalu, manakala urusan MAN kini turut selesai. Program kampung akan digerakkan hujung tahun ini untuk meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai inisiatif kementerian dan hala tuju Sabah Maju Jaya.

Dalam program berasingan, Jamawi menyampaikan sumbangan peralatan bola sepak untuk pasukan SAFA Tenom kategori bawah umur 12 (U12) dan bawah 15 tahun (U15).

Turut hadir, Pegawai Daerah Tenom, Alexzander Liew; Ketua Daerah, OKK Tusip Tulas dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Denesly Justin dan Wajahim Simon, Pegawai Tadbir DUN Melalap dan semua pemegang adat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal