74 warga asing ditahan, dua premis scam diserbu

Orange We Want To Be Free Facebook Post 1

KUCHING: 21 Oktober 2026 – Seramai 74 warga asing ditahan dalam Ops Mahir dan Ops Sapu di sekitar Kuching bermula 15 Oktober lalu. Dua dari lapan premis yang diserbu disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian.

Operasi dua hari itu melibatkan 30 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak. Lapan lokasi disasarkan, membabitkan premis kediaman, rumah teres dan bilik sewa.

Hasil pemeriksaan terhadap 79 individu, seramai 45 lelaki dan 29 perempuan warga asing ditahan kerana melanggar undang-undang imigresen. Jumlah itu membabitkan 63 warganegara Indonesia, 10 warganegara China dan seorang warganegara Kemboja.

Kesalahan dikenal pasti termasuk Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

Di dua premis disyaki terlibat aktiviti scam, beberapa unit komputer dan telefon bimbit dirampas untuk siasatan lanjut. Pihak Imigresen turut mengeluarkan dua Borang 29 (Saman Saksi) kepada pemilik atau penjaga premis.

JIM Sarawak menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat untuk memastikan undang-undang imigresen dipatuhi dan membanteras aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal