64 warga asing ditahan JIM Sabah

8B64F563 CB69 43CA BAC4 2537FB0D0F1C 0D4F2B6D FF30 48D8 886F FC11F13A392A

Gambar ilustrasi

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 18 Ogos 2026 – Seramai 64 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam operasi penguatkuasaan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, baru-baru ini kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Di Kota Kinabalu, menerusi Ops Selera, seramai 38 individu diperiksa dengan tujuh warga asing ditahan, terdiri daripada enam warga Filipina dan seorang warga Pakistan.

Sementara itu, di Sandakan, Ops Bersama dan Ops Kutip memeriksa 145 individu dan menahan 28 warga asing, melibatkan 21 warga Filipina, tujuh warga Indonesia dan tiga warga India.

Di Tawau pula, Ops Kutip dan Ops Belanja memeriksa 66 individu dengan 29 warga asing ditahan, terdiri daripada lima warga Filipina dan 24 warga Indonesia.

Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah dan melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM Sabah berkata, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa untuk membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin dan memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara.

Sumber: JIM Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal