6 Keluarga Kehilangan Tempat Berteduh Akibat Kebakaran

RANAU, 28 Jun 2025 – Sebanyak 26 ahli keluarga daripada beberapa generasi hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Dumpiring Bawah musnah dalam satu kebakaran pada 27 Jun 2025.

Menurut saksi kejadian, Ferna Della, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas akibat pendawaian elektrik lama di rumah tersebut.

“Ya, memang pendawaian lama. Saya sendiri nampak api mula merebak dengan cepat,” kata Ferna salah seorang ahli keluarga mangsa.

Rumah kayu yang menempatkan keluarga besar itu terbakar sepenuhnya, menyebabkan semua ahli keluarga yang terdiri dari warga emas berusia lebih 80 tahun hingga bayi berusia 8 bulan, sehelai sepinggang. Tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu.

Ahli keluarga yang terjejas termasuk Ginsuan Bin Tinggolong, 84, dan Sitiniah Bte Gumiging, 83, selain beberapa keluarga kecil yang merupakan anak-anak dan cucu telah menghuni rumah berkenaan lebih 20 tahun.

Ferna turut memaklumkan bahawa keluarga mereka kini amat memerlukan bantuan dari segi kewangan dan keperluan makanan harian. “Kalau dari segi pakaian, sudah cukup. Tetapi untuk wang atau keperluan makan, boleh hubungi saya terus di 016-2275902,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa ketua keluarga di rumah berkenaan tidak sempat menyelamatkan sebarang barang berharga kerana api merebak begitu pantas.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Ferna di nombor telefon yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal