55 PATI ditahan dalam operasi JIM di sekitar Kota Kinabalu

IMG 2676

KOTA KINABALU: Seramai 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar bandar raya ini.

Dalam operasi berkenaan, seramai 283 individu diperiksa menerusi Ops Gegar, Ops Selera, Ops Kutip dan Ops Sapu.

Ops Gegar merekodkan tangkapan tertinggi apabila 22 warga Filipina ditahan hasil pemeriksaan ke atas 114 individu.

Sementara itu, Ops Selera dan Ops Kutip menyaksikan 11 lagi warga Filipina ditahan daripada 120 individu yang diperiksa.

Ops Sapu pula membawa kepada penahanan 22 warga asing, termasuk beberapa kanak-kanak, selepas pemeriksaan ke atas 49 individu.

Kesemua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

JIM Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal