507 geran PANTAS diserah kepada penduduk Kadamaian

9A063729 9200 4FF1 975A 53BC90DE4300 4850E29A 32BE 4A40 A1C6 E9AC65AE4D7D

KOTA BELUD: 25 September 2026 — Sebanyak 507 geran tanah membabitkan keluasan keseluruhan 694.92 ekar diserahkan kepada penduduk di sembilan kampung di kawasan Kadamaian, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, berkata penyerahan itu dilaksanakan menerusi Program Perkhidmatan Khas Tanah Negeri Sabah (PANTAS).

47aa31aa 2aa2 4726 8086 c232a79a6cf7

“Geran tanah memberikan kepastian dan pengiktirafan rasmi terhadap hak milik rakyat. Dokumen ini penting untuk melindungi kepentingan keluarga, mengurangkan pertikaian dan memastikan kedudukan tanah dapat diwariskan dengan lebih jelas kepada generasi akan datang.”

Kampung Tambatuan menerima jumlah tertinggi dengan 117 geran membabitkan 256.46 ekar, diikuti Kampung Kiau Bersatu dengan 98 geran melibatkan 132.49 ekar dan Kampung Kiau Nuluh dengan 69 geran membabitkan 67.05 ekar.

2db68dcd b694 4451 9089 637d06fbd4fc 32810C6F DF0F 450A 9831 BD19F91327C9

Ewon berkata, sehingga Jun 2025, sebanyak 70,436 lot tanah adat dengan keluasan keseluruhan 488,705 ekar telah diukur menerusi PANTAS, melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM251.34 juta.

Dalam majlis sama, 30 penerima menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) secara tunai untuk fasa ketiga.

Program itu menyediakan bantuan RM200 sebulan kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk meringankan beban kos sara hidup.

Untuk 2026, SYUKUR melibatkan 140,000 penerima di seluruh Sabah, termasuk 7,750 Ketua Isi Rumah di kawasan Parlimen Kota Belud dan 1,816 penerima di DUN Kadamaian.

“Saya berharap bantuan ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk memenuhi keperluan keluarga dan memberikan sedikit kelegaan kepada para penerima.”

Ewon berkata, penerima yang belum menerima bayaran tunai boleh membuat tuntutan di cawangan Sabah Credit Corporation (SCC) berdekatan mulai awal Oktober 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal