LAHAD DATU: 4 Ogos 2026 — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melaksanakan program pemindahan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal melibatkan 42 warganegara Filipina dari Depot Imigresen Tawau.
Kesemua tahanan terdiri daripada 36 lelaki dewasa dan enam perempuan dewasa berusia antara 22 hingga 58 tahun.
Sehingga kini, seramai 4,447 tahanan PATI warganegara asing telah dipindahkan ke negara asal, membabitkan 2,891 warganegara Filipina, 1,314 warganegara Indonesia, 113 warganegara Pakistan, 92 warganegara China, 18 warganegara Vietnam dan 19 warganegara lain.
Menurut JIM Sabah, kesemua tahanan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang dan memiliki dokumen perjalanan (Travel Documents) yang sah untuk mengikuti proses pemindahan ke negara asal.
Pemindahan itu dilaksanakan melalui Pelabuhan Lahad Datu ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan feri komersial.
JIM Sabah menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana majikan yang melindungi pekerja asing tanpa dokumen sah mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Jabatan itu turut menyeru orang ramai supaya tidak melindungi atau menggaji PATI serta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan PATI melalui saluran rasmi JIM Sabah.
Sumber: Jabatan Imigresesn Negeri Sabah

