41 sekolah adat perkasa pemeliharaan warisan Anak Negeri Sabah

IMG 1448

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 19 Ogos 2026 – Sebanyak 41 sekolah adat di Sabah kini memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan memperkukuh pemahaman generasi muda terhadap adat dan budaya masyarakat Anak Negeri Sabah.

Pengurus Majlis Tetua KDCA, Tindarama Dr Benedict Topin berkata, usaha itu perlu disokong dengan pendokumentasian setiap adat etnik untuk memastikan warisan berkenaan tidak hilang ditelan zaman.

c1f50178 a4cf 4945 ba6a 2290a9b62ada

“Kita mesti mendokumentasikan setiap adat etnik kita supaya ada rujukan secara bertulis,” katanya ketika ditemui di Studio TvSabah kelmarin.

Menurutnya, adatologi merupakan satu sistem penyelidikan, pendokumentasian, pembelajaran dan pendidikan berkaitan adat yang diwarisi secara turun-temurun.

“Kalau tiada adat, kita akan kehilangan identiti sendiri dan cara hidup kita sebagai orang asal yang unik di Borneo,” katanya.

Beliau berkata kursus adatologi yang dibawa khas dari Sarawak itu mendapat pengiktirafan dan melibatkan kira-kira 16 jam pembelajaran merangkumi modul berkaitan adat.

Dr Benedict berkata pemeliharaan adat juga perlu dilaksanakan melalui pembukuan, pengajaran dan penyediaan kursus supaya pengetahuan yang diwarisi dari generasi terdahulu dapat dipelajari generasi akan datang.

Justeru, beliau menyifatkan masa depan pemeliharaan adat di Sabah akan cerah dengan penglibatan sekolah adat yang kini memberi pendedahan kepada pelbagai etnik dan sub-etnik Anak Negeri.

Beliau turut mengingatkan bahawa kehilangan generasi tua tanpa usaha mendokumentasikan adat yang tidak bertulis boleh menyebabkan sebahagian pengetahuan tradisi turut hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal