36 Individu Terima Watikah Pelantikan Felo SMJ 5.0

IMG 20261008 WA0011

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 8 Oktober 2026 – Seramai 36 individu menerima Watikah Pelantikan Felo Sabah Maju Jaya 5.0 (Felo SMJ 5.0) Tahun 2026 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, pada Rabu.

Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, pemilihan peserta bukan sekadar penyertaan program, sebaliknya satu kepercayaan, amanah juga pelaburan terhadap masa depan Sabah.

“Peserta dipilih kerana Kerajaan Negeri melihat potensi, bakat mereka untuk berada di barisan hadapan membuat keputusan, memimpin organisasi, menggerakkan ekonomi, dan menentukan hala tuju negeri,” katanya ketika merasmikan majlis itu.

Hajiji berkata, Felo SMJ 5.0 perlu menjadi ruang mempersiapkan diri sebagai generasi yang membawa Sabah ke hadapan, selain meningkatkan kematangan, keyakinan, jaringan luas, kemampuan menyumbang kepada negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri menghargai komitmen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membuka peluang pendedahan kepada dunia pengurusan, pentadbiran, korporat.

“Kita mahu pembangunan modal insan anak Sabah menjadi komitmen utama GLC, bukan sekadar program atau tanggungjawab sosial korporat,” ujarnya.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal