35 Atlet APM Sabah Berlepas Sertai SUPAM di Pulau Pinang

KOTA KINABALU: 8 September 2025 – Kontinjen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah hari ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai Kejohanan Sukan Pertahanan Awam Malaysia (SUPAM).

Seramai 35 atlet yang telah menjalani latihan intensif menyertai kontinjen ini, membawa semangat tinggi untuk menggalas cabaran dalam kejohanan tersebut. Mereka bakal bertanding dalam pelbagai acara termasuk CD Skill, balapan, badminton, bola sepak, bola tampar serta boat race.

Keberangkatan ini menandakan kemuncak segala persiapan dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang latihan. Para atlet bukan sahaja membawa harapan warga APM Sabah untuk meraih kejayaan, tetapi juga semangat persaingan sihat serta jalinan ukhuwah bersama pasukan dari negeri lain.

Selain sebagai medan persaingan, SUPAM turut menjadi wadah penting bagi memupuk kerjasama serta perkongsian pengalaman antara warga APM seluruh negara.

Pihak kontinjen optimis untuk memberi persembahan terbaik dan bertekad mengharumkan nama APM Sabah di kejohanan berprestij itu.

Sumber: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal