22 bekas banduan wanita terima Kit Mekar, bersedia bina hidup baru

16082026 Penyerahan KIT Mekar Dinamik YKN Bakeri scaled e1786931832576

KOTA KINABALU: 17 Ogos 2026 – Seramai 22 prospek bekas penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu menerima Kit Mekar Dinamik @ Wanita Bangkit Bersasar (WBB). Bantuan ini memberi mereka persediaan menjana pendapatan sendiri selepas dibebaskan, sekali gus membuka peluang memulakan kehidupan baharu.

“Setiap wanita berhak diberikan peluang untuk membina semula kehidupan,” katan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri ketika meninjau program berkenaan di Sabah.

16082026 Penyediaan Kuih muih oleh Peserta

Kit yang diterima peserta terdiri daripada empat jenis, iaitu Set Bakeri, Set Jahitan, Set Sejuk Beku dan Set Refleksologi. Peralatan itu diberikan mengikut kemahiran masing-masing.

Set Bakeri membolehkan peserta membuat kek dan biskut, manakala Set Jahitan sesuai untuk menjahit pakaian. Set Sejuk Beku membuka ruang perniagaan makanan beku, dan Set Refleksologi memberi kemahiran dalam terapi kesihatan.

Program YKN dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia itu dilaksanakan sejak 2024 untuk membantu prospek wanita mendapatkan sumber pendapatan selepas dibebaskan.

Sepanjang 2024 hingga 2026, program berkenaan sudah merekodkan 3,584 penerima manfaat menerusi pelaksanaan program.

Sumber: Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal