PRU15: 19 November penentu masa depan Malaysia
PUTRAJAYA: Pada 19 November bulan depan, rakyat Malaysia yang layak akan keluar mengundi untuk menentukan masa depan negara yang sejak kebelakangan ini dicengkam pelbagai masalah.
Seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada pilihan raya umum kali ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah pengundi itu termasuk remaja berusia 18 tahun yang kali pertama melaksanakan hak mereka dan pengundi baharu automatik.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November ini (Sabtu). Menurut maklumat, 15 November dipilih bagi pengundian awal dan tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah 14 hari.
SPR dalam siding akhbar hari ini menetapkan 19 November ini yang bersamaan hari Sabtu, sebagai hari pengundian kali ke-15.
Pilihan raya diadakan serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah.
Jumlah kerusi Parlimen adalah 222 dan untuk menawan Dewan Negara, majoriti mudah yang diperlukan ialah sebanyak 112 kerusi manakala majoriti ialah 148 kerusi.
Kerusi parlimen bagi Sabah adalah 25 manakala Sarawak adalah 31 kerusi. Semenanjung mempunyai 165 kerusi.
Dengan pelbagai parti yang mahu bertanding dan pelbagai pakatan di antara Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak ramai pemerhati politik meramalkan tidak mudah bagi sesebuah parti boleh menang dalam pilihan raya kali ini.
– Tv Sabah News
0 Comments