15 Pegawai Sabah Terima Pentauliahan Train the Trainers Gender Focal Points Kohort 3

15

KOTA KINABALU: 15 Jun 2026 – Seramai 15 peserta menerima pentauliahan sebagai Train the Trainers (TTT) Sabah Gender Focal Points Kohort 3 pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Gender dan Majlis Pentauliahan yang berlangsung di The Grand Ballroom, Sheraton Hotel, pada Jumaat lalu.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa pentauliahan tersebut bukanlah titik penamat, sebaliknya permulaan kepada satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar sebagai agen perubahan dalam membudayakan pemikiran responsif gender di tempat kerja masing-masing.

“Saya berharap agar ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh kapasiti organisasi, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta menyumbang kepada pembangunan dasar yang lebih inklusif dan berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Sabah melalui kementeriannya sentiasa komited memastikan prinsip kesaksamaan gender diterjemahkan secara nyata dalam pelaksanaan dasar, program dan perkhidmatan awam, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 5: Gender Equality.

Datuk Julita turut menegaskan bahawa pengarusperdanaan gender tidak akan berjaya jika hanya dipikul oleh satu kementerian atau agensi semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat.

“Program Sabah Gender Focal Points merupakan inisiatif strategik yang bertujuan melahirkan barisan pegawai yang kompeten, berwibawa dan berpengetahuan dalam mengintegrasikan perspektif gender ke dalam perancangan serta pelaksanaan dasar organisasi,” ujarnya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta Kohort 3 yang menerima pentauliahan malam ini, dan seterusnya merasmikan majlis tersebut dengan tema “Memperkasa Gender, Memacu Kepimpinan, Membina Masa Depan.”

15 2.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal