Zara Sejas Dari Sabah Ke Future Idol Stage 2026 di Seoul

photo 2026 01 23 14 33 06

SEOUL: Bakat muda kelahiran Sabah, Fatima Zahra atau lebih dikenali sebagai Zara Sejas, terpilih mewakili Malaysia dalam Talent Search The Future Idol Stage 2026.

Acara tersebut ialah sebuah program pembangunan bakat antarabangsa berprestij yang menghimpunkan peserta dari seluruh dunia di Seoul, Korea.

Program yang berlangsung dari 25 hingga 29 Januari itu memberi peluang kepada Zara mengikuti latihan intensif dalam persekitaran profesional di pusat industri K-POP.

Antara aktiviti utama program berkenaan ialah Future Idol Pre-Camp Intensif pada 26 dan 27 Januari, yang merangkumi latihan vokal dan tarian dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman luas dalam membimbing nama-nama besar K-POP.

Kemuncak program adalah Sangam Showcase pada 28 Januari di Sangam Cultural Center T2 Concert Hall, sebuah venue produksi dan siaran K-POP bertaraf tinggi.

Selain itu, peserta turut diberi peluang membuat persembahan secara langsung kepada lebih 60 agensi hiburan utama Korea, termasuk syarikat besar yang menaungi ramai idola K-POP terkenal.

Program tersebut turut memperkukuh jaringan antarabangsa apabila Zara berganding bersama peserta dari lebih 10 negara, termasuk Jepun, China, Thailand, Taiwan dan Vietnam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal