Monday, December 23, 2024

Wisma Kastam kebangggan penduduk Lahad Datu

Gambar-gambar sekitar lawatan TYT Sabah.

Ryio Kenji


LAHAD DATU: Bangunan Wisma Kastam Lahad Datu yang menelan belanja sebanyak RM16 juta untuk dibina adalah lambang kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Sabah, kata Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Abdul Halim Ramli.

“Pembinaan Wisma Kastam ini amat bermakna kepada warga JKDM lahad Datu kerana ia bukan sahaja dilengkapi fasilitasi yang lebih baik tetapi menjadi pusat perkhidmatan yang baik kepada orang ramai,” katanya di majlis perasmian Wisma Kastam Lahad Datu di sini pada pagi Rabu.

Katanya, bangunan Pejabat Kastam Lahad Datu yang lama terletak di Jalan Kastam Lahad Datu yang menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran utama jabatan kastam daerah ini sejak 1982 sehingga penghujung tahun 2019.

Abdul Halim berkata, bangunan kastam lama sudah lama digunakan dan tidak kondusif untuk digunakan lagi.

“Pejabat semakin uzur ditambah lagi dengan suanana sekitar yang sempit kerana terletak berhampiran dengan kawasan kilang.

Oleh itu dengan inisiatif kastam daerah ini, projek pembinaan Wisma Kastam Lahad Datu berjaya disiapkan dalam tempoh dua tahun bermula pada 2017 sehingga September 2019.

Menurut Abdul Halim pejabat baru ini akan menjadi mercu dan pemacu komitmen jabatan kastam Lahad Datu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Di majlis itu, Timbalan Yang Dipetua USIA Sabah, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan mengiringi lawatan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke Lahad Datu sempena perasmian Wisma Kastam itu.

Turut hadir Pembantu Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Polis Datuk Hamzah Ahmad dan Pegawai Daerah Lahad Datu Firuz Idzualdeen@ Benetty Mohd Dzul.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights