Warisan janji Krisis Air Sabah Selesai Dalam Setahun Jika Kembali Tadbir Negeri

TAWAU: 5 Oktober 2025 – Parti Warisan (WARISAN) memberi jaminan untuk menamatkan isu bekalan air yang berlarutan di Sabah dalam tempoh setahun sekiranya diberi mandat semula mentadbir kerajaan negeri.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata masalah air yang telah lama membebankan rakyat Sabah perlu diselesaikan melalui pentadbiran yang cekap, berkemampuan dan memahami keperluan sebenar rakyat.

Menurutnya, penyelesaian kepada masalah asas seperti bekalan air, jalan raya dan elektrik akan menjadi keutamaan sekiranya parti itu kembali memimpin negeri.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian isu air tidak akan mengambil masa panjang jika ditadbir oleh kerajaan yang efisien dan berintegriti.

Shafie turut menekankan bahawa kecekapan pentadbiran bergantung kepada keupayaan kerajaan melaksanakan projek pembangunan dengan jelas dan berkesan, bukannya bergantung sepenuhnya kepada syarikat luar.

Warisan komited untuk memastikan setiap dana pembangunan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya bagi memperkukuh kemudahan asas di kawasan luar bandar yang masih ketinggalan.

Parti itu turut menegaskan komitmennya untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran negeri dengan menumpukan kepada pembangunan menyeluruh dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Sumber: Sayang Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal