Warga emas ditemui meninggal dunia selepas keluar menjala ikan

2f3f0ef4 88db 4ac6 a65d ffa7e415bc9f

KOTA BELUD: 13 Oktober 2026 – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar menjala ikan di Sungai Kadamaian, Kampung Rajunah petang kelmarin, ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa, Togoi Tawan, 70, ditemukan terdampar di tepi Sungai Kadamaian, Kampung Bokilong pada 6.39 pagi, kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

e099034e 5e2f 4021 b628 a764110e9242

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Khairul Shah Peri berkata mangsa keluar dari rumah sekitar 4.40 petang menuju ke sungai yang terletak hanya 200 meter dari kediamannya.

“Ahli keluarga mula bimbang selepas mangsa tidak pulang sehingga jam 9 malam sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis,” katanya.

“Ketika kejadian, cuaca dilaporkan hujan menyebabkan paras air sungai meningkat dan arus menjadi deras. Operasi pencarian dilakukan bersama pihak Bomba, namun ditangguhkan pada sebelah malam berikutan keadaan gelap.”

6dcdcb0c dece 450d 92a5 3e08e129c635

Menurut Khairul Shah, jasad mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

Susulan insiden itu, IPD Kota Belud menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan sungai, terutamanya ketika cuaca tidak menentu dan paras air sedang meningkat.

Sumber: Polis Daerah K

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal