KOTA KINABALU: 23 Ogos 2026 — Wakil Kalimantan, Indonesia, Rizky Junatha dinobatkan sebagai Mr International Indigenous Cultural Ambassador (IICA) 2026 pada malam kemuncak IICA 2026 di Sky Hotel, Kota Kinabalu, malam tadi.
Rizky mengungguli Maschelryan Masirin dari Sabah yang menduduki tempat kedua, manakala Evanz Alicius Petrus, juga dari Sabah, berada di tempat ketiga.
Selain itu, Maschelryan turut menerima gelaran Best Advocacy untuk kategori Mr IICA 2026.

Seramai lima peserta menyertai kategori Mr IICA 2026 sebelum tiga finalis diumumkan untuk merebut gelaran utama.
Pertandingan merangkumi pusingan Indigenous Heritage Showcase menerusi peragaan pakaian tradisional dan Cultural Ambassador Advocacy Speech yang memberi peluang kepada finalis mengetengahkan advokasi masing-masing.

IICA 2026 menghimpunkan peserta dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan dalam usaha mengetengahkan kepelbagaian warisan dan budaya masyarakat pribumi.

