Viviantie cetus kebanggaan negara

0d937624 9664 487a 8895 5e176b7f26ea 20260123 213723 0000

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong menyifatkan penganugerahan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Viviantie Sarjuni dengan Anugerah Public Social Innovator Tahun 2026 oleh Schwab Foundation dengan kerjasama World Economic Forum (WEF), akan memberi nilai tambah kepada ekosistem keusahawanan negara.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Viviantie Sarjuni atas pencapaian gemilang ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Penganugerahan ini dijangka akan terus memberi nilai tambah kepada ekosistem keusahawanan negara, khususnya bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan yang amat membanggakan ini,” tambah beliau.

Viviantie, asal Sabah, dianugerahkan Public Social Innovator Tahun 2026 bagi Keusahawanan Sosial daripada Schwab Foundation dengan kerjasama World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland dua hari lepas, sekaligus menjadikannya rakyat Malaysia pertama diiktiraf dalam kategori berkenaan.

Steven menekankan bahawa pencapaian itu mencerminkan kepimpinan, dedikasi dan komitmen tinggi Viviantie dalam memperkasa keusahawanan sosial serta pembangunan ekonomi inklusif.

Beliau menambah bahawa pengalaman dan ilmu global yang diperoleh Viviantie akan dibawa pulang untuk memperkukuh agenda pembangunan keusahawanan di bawah KUSKOP serta pelaksanaan program strategik INSKEN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal