UMS Perkasa Komuniti melalui Bengkel Penternakan Udang Galah di Klias

photo 6327936950161050608 y 1

Beaufort: 5 Oktober 2025 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) dengan kerjasama Koperasi Ukhuwah Kota Klias Beaufort Berhad (KUKKBB) dan Jabatan Perikanan Sabah menganjurkan Bengkel Pembenihan dan Penternakan Udang Galah di SMK Kota Klias pada 4 hingga 5 Oktober.

Bengkel ini menarik penyertaan komuniti setempat, ahli korporat dan penternak, bertujuan memperkukuh pengetahuan serta keupayaan dalam bidang akuakultur lestari, terutamanya di kawasan luar bandar.

Program ini turut menjadi platform menghubungkan kepakaran universiti dengan masyarakat, selaras dengan aspirasi UMS sebagai universiti berimpak komuniti.

Sepanjang dua hari bengkel, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek teknikal dan saintifik berkaitan udang galah (Macrobrachium rosenbergii).

Tujuh penceramah jemputan dari UMS, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah berkongsi kepakaran masing-masing.

Prof. Madya Ts. Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh, Pengerusi Bengkel, berkata program ini bukan sahaja memperluas ilmu teknikal dalam bidang akuakultur, malah membuka peluang komuniti meneroka potensi ekonomi baharu melalui penternakan udang galah.

Selain itu, inisiatif ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2 & SDG 14) yang menekankan keselamatan makanan dan pemuliharaan sumber akuatik, sambil memperkasakan keupayaan masyarakat luar bandar dalam sektor akuakultur berdaya tahan.

Bengkel seperti ini dijangka memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi tempatan dan pemerkasaan komuniti melalui pengetahuan saintifik dan praktikal dalam bidang akuakultur.

Sumber: Institut Penyelidikan Marin Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal