Ugut sebar video dan gambar peribadi, lelaki warga asing ditahan

photo 6053378429870083890 y

TAWAU: 2 Februari 2026 – Seorang lelaki warga asing, 30-an, ditahan polis kurang 24 jam selepas disyaki mengugut untuk menyebarkan video dan gambar peribadi seorang wanita, 20-an, dalam kejadian di Kampung Merotai Besar, Tawau pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau berkata, suspek ditahan susulan laporan seorang wanita yang mendakwa suspek kenalannya itu mengancam dan mengugut untuk memviralkan video gambar peribadinya jika gagal menyerahkan sejumlah wang.

Suspek dipercayai kerap menghubungi mangsa, khususnya pada waktu malam, dengan tujuan mengganggu serta merosakkan keharmonian rumah tangga mangsa.

Justeru bimbang bahan peribadi itu disebarkan, mangsa mendakwa terpaksa menyerahkan sejumlah wang.

Hasil pemeriksaan turut menemui sebilah pisau sepanjang kira-kira 16 sentimeter dan dua unit telefon bimbit di dalam sebuah beg sandang yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

photo 6053378429870083891 y

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal