TV Sabah & Berita TV Jadi Platform Penyiaran Rasmi Negeri

KOTA KINABALU: 27 September 2025 – TV Sabah kini menjadi platform penyiaran rasmi digital negeri selepas pelancarannya bersama Berita TV dalam satu majlis di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) kemarin.

Majlis bersejarah itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Ketua Pegawai Eksekutif Kinabalu Media Sdn Bhd, Suzanne Lujain berkata, pengiktirafan ini memberi peluang kepada rakyat Sabah berkarya dalam industri kreatif dan media, selain menjadi medium komunikasi maklumat kerajaan serta suara rakyat.

Pada majlis itu turut diumumkan pelancaran Berita TV yang akan mula bersiaran Oktober ini dengan kandungan liputan berita sebanyak 70 peratus.

Selain itu, lima memorandum persefahaman (MoU) turut dimeterai antara TV Sabah dengan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Persatuan Filem dan Visual Sabah, Breeze Magazine, Music Right Sabah dan Millenium Visual Production, sebagai usaha membina ekosistem penyiaran negeri.

Suzzane menzahirkan terima kasih kepada barisan pengarah, pelabur, rakan strategik, kerajaan negeri, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Gerald Hans Isaac yang hadir dari Kuala Lumpur, penonton TV Sabah yang kini mencatat capaian lebih 20 juta sebulan serta pasukan TV Sabah yang digelarnya sebagai “jentera penggerak utama”.

Suzanne turut merakamkan penghargaan kepada penaja majlis termasuk Malaysia Tourism Sabah, Sabah Tourism Board, Band of Gorilla Sdn Bhd, Pepsi, Jennmuah Bridal, KDCA, Hung Xing Restaurant, Kovac, Happy Place, Sawit Kinabalu serta individu-individu yang menyumbang.

“Harapan kami agar sokongan dana dapat diberikan supaya TV Sabah dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, menerbitkan program berkualiti serta memperkukuh infrastruktur sedia ada,” katanya.

Beliau menegaskan TV Sabah komited bekerjasama dengan semua pihak dalam menjayakan industri penyiaran, kreatif dan media, selaras dengan aspirasi halatuju “Sabah Maju Jaya”.

Turut hadir Presiden KDCA, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden Kadazan Dusun Culturall Association (KDCA), Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Puan Jainisah Mohd Noor, Pengarah TV Sabah encik Dennis patrick, Tuan Julinus Bin Jimit Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Tuan Thonny Chee, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pelancongan Sabah, Timbalan Presiden merangkap Bendahari Agung KDCA, Datuk Joseph Paulus Lantip, barisan pengarah, presiden, ketua pegawai eksekutif, pegawai kerajaan dan swasta, para penaja, rakan strategik serta rakan-rakan media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal