Tiga Lelaki Positif Dadah Dicekup

photo 2025 11 07 11 04 47

SANDAKAN: 7 November 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Sandakan berjaya menahan tiga lelaki dalam dua operasi berasingan atas pelbagai kesalahan jenayah dan dadah di sekitar Sandakan pada rabu.

Dalam operasi pertama yang dijalankan pada jam 12.01 tengah malam, dua lelaki telah ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (mencuri) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).

photo 2025 11 07 11 04 51

Kedua-dua suspek turut disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, pada jam 2.00 petang, Pasukan Cawangan Risik dan Unit Task Force Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan menjalankan operasi di kawasan Batu 12, Jalan Labuk, Sandakan dan berjaya menahan seorang lagi lelaki kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.

Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan air kencing. Hasil ujian mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

photo 2025 11 07 11 04 56

Kesemua suspek kini ditahan di Lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George B. Abd Rakman, pelaksanaan operasi ini membuktikan komitmen berterusan pihak polis dalam membanteras jenayah dan gejala penyalahgunaan dadah di daerah Sandakan, sekaligus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Click the Image for Exclusive Info


This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal