Tiga Lelaki Ditahan, 69.47 Gram Syabu Dirampas di Lahad Datu

photo 2025 12 04 15 30 56

Lahad Datu: 3 Disember 2025 – Tiga lelaki ditahan dalam dua operasi berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Lahad Datu, dengan rampasan keseluruhan 69.47 gram syabu.

photo 2025 12 04 15 31 02

Operasi pertama sekitar jam 3.30 pagi di Kampung Sungai Merah, Felda Sahabat, menyaksikan seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bersama empat paket syabu seberat 6.55 gram (nilai anggaran RM720.50).

Operasi kedua pada jam 5.00 pagi di sebuah rumah pekerja di Lestari, Felda Sahabat 11, pula menahan dua lelaki berusia 32 tahun.

Polis menemui sebuah beg silang hitam yang mengandungi tiga paket syabu seberat 62.92 gram (nilai kira-kira RM6,921.20).

photo 2025 12 04 15 30 59

Kedua-dua suspek didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 39B ADB 1952, yang membawa hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal