Tiga kes pecah bangunan di Ranau selesai setelah seorang lelaki ditahan

IMG 20261105 WA0011

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

RANAU: 4 November 2026 – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun disyaki terbabit dalam tiga kes pecah bangunan di daerah Ranau, termasuk kecurian peti simpanan keselamatan.

Kes dilaporkan antara 4 Oktober hingga 2 November 2026, membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM184,403.

Ketua Polis Daerah Ranau, YDH Supt. Mursalin bin Mahmud berkata, penahanan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau, sekali gus berjaya menyelesaikan ketiga-tiga kes berkenaan.

Polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah.

Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah kekerasan, termasuk jenayah harta benda.

Ujian saringan air kencing pula menunjukkan suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika melibatkan kecurian.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Sumber: Polis Daerah Ranau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal