Tegur Nasi Belum Masak, Rakan Sekerja Ditetak

photo 2026 03 17 12 11 44

TAWAU: 16 Mac 2026 — Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis selepas menetak tangan rakan sekerjanya menggunakan pisau pemotong ikan dalam satu kejadian di sebuah restoran di Kubota Sentral, Tawau, pada 16 Mac, dipercayai berpunca dari teguran mengenai nasi yang belum dimasak.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, mangsa yang cedera di bahagian tangan kiri telah mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tawau sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Bertindak pantas susulan laporan tersebut, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau berjaya mengesan dan menahan suspek di tepi Jalan Habib Hussein.

Dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebilah pisau sepanjang kira-kira 33 sentimeter dan sekeping plastik putih yang dipercayai berkaitan dengan kejadian.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal