Tawaran kerja mudah, gaji tinggi jadi umpan scammer

WhatsApp Image 2026 08 04 at 12.52.14 PM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KUDAT: 4 Ogos 2026 – Tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan, tugasan mudah dan keuntungan pantas semakin kerap dijadikan umpan oleh sindiket penipuan demi memperdaya orang ramai, khususnya individu yang sedang mencari pekerjaan.

Melalui pelbagai platform seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram, scammer menawarkan kerja sambilan atau sepenuh masa dengan syarat yang dilihat terlalu mudah. Ada yang menjanjikan pendapatan tinggi tanpa memerlukan pengalaman, kelayakan tertentu mahupun sesi temu duga.

Menurut perkongsian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPD Kudat, antara petanda yang perlu diberi perhatian ialah tawaran gaji yang terlalu tinggi untuk tugasan mudah, syarikat yang tidak mempunyai maklumat jelas atau tidak wujud, urusan yang hanya dijalankan menerusi aplikasi pesanan dan ketiadaan kontrak pekerjaan yang sah.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu latar belakang syarikat melalui sumber rasmi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau laman web rasmi syarikat sebelum menerima sebarang tawaran pekerjaan.

Selain itu, maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kod TAC, OTP dan kata laluan tidak seharusnya dikongsi dengan mana-mana individu yang tidak dikenali.

Majikan yang sah juga tidak akan meminta calon pekerja membuat bayaran sebagai syarat untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, sebarang permintaan membabitkan yuran pendaftaran, deposit atau pembelian pakej perlu dianggap sebagai amaran awal bahawa tawaran tersebut berkemungkinan besar adalah penipuan.

Demi mengurangkan risiko menjadi mangsa, orang ramai digalakkan mendapatkan pandangan ahli keluarga atau rakan sekiranya menerima tawaran yang meragukan. Semakan nombor telefon atau akaun bank juga boleh dilakukan menerusi Portal Semak Mule sebelum membuat sebarang transaksi.

Sekiranya menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan penipuan, orang ramai disaran segera menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) 997 atau membuat laporan di balai polis berhampiran supaya tindakan segera dapat diambil.

Sumber: JSJK IPD Kudat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal