Tamu Telupid himpun 30 usahawan, 60 penjaja perkasa ekonomi luar bandar

IMG 20261005 WA0009

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

TELUPID: 5 Oktober 2026 – Seramai 30 usahawan dan kira-kira 60 penjaja menyertai program tiga hari di Tamu Telupid. Program itu mempamerkan produk tempatan, memperluas pasaran perniagaan dan merancakkan ekonomi komuniti luar bandar.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Jonnybone J. Kurum, berkata program tersebut membuka ruang kepada peniaga untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan agensi kerajaan, khususnya bantuan pembangunan usahawan.

“Usaha ini membawa program ke daerah Telupid untuk memberi peluang kepada peniaga luar bandar mempamerkan perniagaan mereka,” katanya.

Program itu turut menyaksikan penyerahan kunci bangunan kepada pembeli melalui Perkasa Realty dan penyampaian bantuan dari agensi berkaitan.

Menurut Jonnybone, penyelesaian isu bangunan terbengkalai membolehkan aktiviti ekonomi diwujudkan, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda di daerah Telupid.

Beliau turut berharap kerajaan memberi perhatian serius terhadap masalah bekalan air, elektrik dan akses jalan kampung yang menjadi kekangan kepada perkembangan perniagaan luar bandar.

“Jika jalan kampung baik, produk mereka mudah dipasarkan. Jika bekalan air stabil, perniagaan berasaskan makanan boleh berjalan lancar,” katanya.

Beliau menambah, lima siri jelajah dilaksanakan tahun ini dan Telupid menjadi lokasi terakhir. Beluran atau Kinabatangan dicadangkan sebagai lokasi berikutnya pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal