STAR Tanding 40 Kerusi Umum Awal 29 Calon

photo 2025 11 12 20 40 50

KOTA KINABALU: 12 November 2025 — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hari ini mengumumkan 29 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17, manakala baki calon dijangka dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua hari lagi.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, berkata parti itu pada asalnya merancang untuk bertanding lebih daripada 40 kerusi, namun selepas semakan semula, jumlah berkurang kepada sekitar 40 kerusi sahaja.

photo 2025 11 12 20 40 46

“Kita bertanding kurang lebih empat puluh kerusi, tapi hari ini kita umumkan dua puluh sembilan dahulu. Selebihnya akan siap dalam satu dua hari ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman calon.

Menurutnya, kebanyakan calon yang diketengahkan adalah muka baharu, kecuali dirinya sendiri.

“Kebanyakannya muka barulah, kecuali saya. Calon wanita ada empat atau lima orang, manakala belia pun lebih kurang begitu,” katanya.

Jeffrey tidak menafikan sebab kelewatan majlis dimulakan pagi ini serba sedikit disebabkan wujudnya pertindihan calon di beberapa tempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Click the Image for Exclusive Info


This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal