SMJ Bukti Keupayaan Sabah Bangkit Dari Krisis – Hajiji

Gambar SMJ Hajiji

KOTA KINABALU: 1 Sept 2025 – Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan sejak hampir lima tahun lalu menjadi bukti nyata kemampuan kerajaan negeri menggerakkan pemulihan ekonomi dan memperkukuh kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, mandat yang diberikan rakyat pada 2020 tidak disia-siakan, sebaliknya diterjemahkan melalui pelan tindakan menyeluruh yang kini menampakkan hasil positif kepada pertumbuhan negeri.

Menurutnya, ketika mengambil alih pentadbiran, Sabah berdepan krisis ekonomi terburuk dalam sejarah. Namun, pelaksanaan SMJ 1.0 yang digariskan dengan teliti berjaya memulihkan keadaan, selain mempelbagaikan sumber pendapatan negeri daripada bergantung kepada hasil bumi kepada sektor pelancongan, perladangan, perhutanan dan petroleum.

Kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada aspek pelaburan dan pendidikan. Dalam tempoh lima tahun, Sabah berjaya menarik lebih banyak pelaburan masuk serta meningkatkan hasil negeri, di samping membelanjakan lebih RM1.3 bilion dari 2021 hingga 2024 untuk pendidikan dan pembangunan belia bagi melahirkan modal insan berdaya saing.

Mengulas sambutan Hari Sabah yang bertemakan “Untukmu Sabah Tanah Airku”, Hajiji menegaskan ia bukan sahaja memperingati sejarah, tetapi juga simbol perpaduan serta tekad rakyat untuk membina negeri yang berdaulat dan makmur.

Beliau menyeru rakyat, khususnya generasi muda, agar memahami erti kebebasan, menghargai perjuangan generasi terdahulu serta terus mempertahankan keharmonian dan keamanan negeri demi masa depan Sabah.

Sumber: Sabah News Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal